Pankreas buatan

Pankreas buatan adalah alat atau sistem peranti yang bersepadu untuk mengantikan pankreas endokrin. Ia digunakan untuk mengesan paras kandungan gula di dalam darah bagi menentukan jumlah insulin yang diperlukan dan menghantar kadar insulin yang bersesuaian yang diperlukan. Pankreas buatan juga merupakan teknlogi yang sedang dibangunkan bagi membantu pengidap kencing manis bagi mengawal kadar glukos darah mereka secara automatik dengan membekalkan pengganti fungsi endokrin sebagaimana pankreas sihat. Terdapat beberapa fungsi exokrine (penghadapan) dan endokrine (hormon) bagi pankreas, tetapi ia adalah ketiadaan penghasilan insulin yang menjadi perangsang bagi membangunkan pengganti. Sungguhpun keadaan kini bagi rawatan pengganti insulin dihargai kerana membantu menyelamatkan nyawa, tugasan mengurus secara insani kadar gula dalam darah dengan insulin semata-mata adalah mejerihkan dan tidak mencukupi. Komponen dalam pankrease buatan adalah terdiri daripada glukosa monitor automatik, automatik sistem penyampaian insulin, algoritma untuk menghubungkan paras glukosa darah dengan penghantaran insulin.Matlamat pankreas buatan adalah dua sasaran: